Iklan :)

Amanah Allah

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Cik Isteri Encik Suami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

11 February 2011

Perasmian Pembukaan Satu Nota Hati

Assalammualaikum.

11 Februari 2011, pembukaan Satu Nota Hati alam maya setelah hati betul-betul mendesak untuk melahirkan sesuatu yang baru untuk diri sendiri. Selain tuntutan hati yang sebenarnya tidak pernah puas, nota ini juga bersempena dengan kehidupan baru yang bakal ditempuh genap 1 bulan 2 minggu yang akan datang. Fairy Tales tidak akan terus menerus dihapuskan kerana disitu juga tersimpannya pelbagai kenangan - suka, duka, manis dan pahit kehidupan. Mungkin sesetengahnya akan dieksport kesini. Mungkin sahaja, tiada perancangan lagi.

Sering bertanya pada diri, apakah tujuan untuk menulis di alam maya atau berblogging? Jujur, kadang-kadang terpanggil untuk menambah pendapatan bila melihat teman-teman blogger mendapat hasil dari penulisan selain bertujuan untuk menjadikannya sebagai diari kehidupan. Ya, kisah kehidupan yang tidak mengaibkan  diri sendiri atau orang lain untuk dikongsi bersama. Dan sebenarnya antara tujuan lain ialah supaya akan terus berhubungan mesra dengan teman-teman. Jauh, tapi dekat. 

Kenapa? Kawan datang dan pergi dalam kehidupan kita. Mahu atau tidak, mereka akan hadir menjadi sebahagian dalam hidup kita dan apabila tiba masanya mereka akan pergi juga samada perpisahan hidup atau sebaliknya. Kita sedia maklum, tiada yang kekal dalam dunia. Termasuk juga keakraban dalam persahabatan. Kita dihambat dengan kesibukan, dikelilingi teman baru dan seterusnya jarang sekali untuk kita berhubungan dengan teman lama. Adakalanya kita tidak berkesempatan untuk bercerita mengenai perkembangan semasa. 

Dengan itu, kewujudan sebuah diari alam maya sebenarnya mengeratkan ikatan silaturrahim yang sedia ada dan juga InsyaAllah terjalinnya persahabatan yang baru dikalangan sahabat blogger. Alangkah seronoknya sekiranya semua kawan-kawan turut memiliki diari alam maya. Sudah tentunya kita tidak akan ketinggalan utnuk mengetahui perkembangan mereka bukan? Tapi, tidak semua miliki minat yang sama. Ya, minat perlu ada juga untuk menulis waima kisah sendiri.

Baiklah, dengan ini saya merasmikan Satu Nota Hati kesinambungan Fairy Tales. (gediks!)

0 comments:

Doa Buat Si Kecil Dayang Rosmieyatie

"Ya Allah, peliharalah anakku selama ia berada didalam rahim ku, dan sihatkanlah ia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkan lah dia yang ada di rahimku ku dengan rupa yang baik, dan tetapkankah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu...

Ya Allah, keluarkanlah dia dari rahim ku dengan mudah dan selamat. Ya Allah, jadikankah dia sihat dan sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis, dengan berkat Nabi Muhammad SAW dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."

Amin.